6.10.09

Jumpa

Jumpa mula-mula tak dirancang
Bulan puasa 2008,lepas berbuka dengan bonda, Plaza Mas Alam tempat kitorang tengok2 barang
Time nak balik kitorang bengang
Dengar suara-suara sumbang MC bersembang
Pok pek pok pek kat tengah2 shopping complex sorang2
Konon2 nak perkenalkan penyanyi yang datang
Cakap lebih,promo kurang
Rasa macam nak pergi bagi komen mcm komen sorang juri garang
"Kalau nak sembang kuat2, gi balik umah la bang!"


Aku pon kepoh,pergi jenguk kat tepi Giant
Nampak kamu atas stage, aku terpana
Kamu berbusana hijau muda
Hati aku berbunga2


Turun escalator laju2
Smpai depan kamu
Aku kaku
Aku senyum,aku pandang kamu tapi aku kaku lagi disitu
Slowly aku pergi dekat kamu
Aku cakap "Boleh tak nak autograph satu?"


Kamu pandang aku,kamu senyum..
"Nama ape?" kamu soal, "Manal" jawab aku sambil jantung berdentum2
Namaku kamu sebut berulang
Hati ku terus hilang,terbang ke awan


Jumpa kali kedua kat bukit bintang
Aku datang untuk kamu seorang
Org keliling semua pandang2
"Gila ape minah ni sorang.."
"Minat kat mamat tah dri mane tah datang..
"Nyanyi lagu yg tak penah didengar orang.."


Tapi aku tak kesah
Pasal kamu ada sebut nama aku sebelum kamu naik atas pentas tu
Kamu senyum dan kenyit mata kamu
Aku pon duduk situ smpai kamu berlalu


Jumpa lagi di suatu ketika
Tempat yg tak di sangka2
Kat tempat kamu selalu lepak,tapi mula2 aku pon tak prasan sebenarnya
Tapi memang tak ku jangka
Tak sangka kamu ada
Kamu berbaju coklat muda
Berjeans biru,sempoi and lepak je
Duduk di bucu meja itu dengan member2


Aku buat2 tak nampak
Padahal hati dah membuak2
Bila kamu tegur dulu
Hatiku degup laju2
Dan lidah aku terus kelu
Dgr kamu berbicara sama makcik2 ku
Ahh..kamu bagai sudah lama bersua
Senang bergaul mesra
Hormat sama orang tua
Pandai memancing tawa
Membuat org suka


Dan sebelum ku berlalu
Aku minta maaf kerana menganggu
Tapi kamu kata tak apelah
Kamu tak kesah
Lalu kamu sebut nama ku
Hati ku terbang skali lagi
Aku senyum tak boleh berhenti
Smpai kene sakat dgn makcik sendiri
Aghh lantakla aku punya hati..
Lepas tu kitorang gi makan,makan beger pon rase mcm mkn spageti
Sedap out of the world sekali
Sambil dgr2 makcik2 ku puji kamu berkali2


Lepas tuh aku ingt kita takkan bejumpa lagi
Tuhan punya rencana,sminggu kmudian punya cerita
Kamu dan aku berjumpa
Di tempat yang ku tak terpikir seumur idopku di dunia
Paling tak masuk akal punya..
Atas highway aku nampak kamu dlm kereta
Dan seronok nya aku dpt lambai kamu
Kamu balas lambai aku juga
Time kereta kita berhenti kat tol MRR2
Bahagia nye aku,toksah nak kata..
Mak aku smpai juling2 mata
Tengok anak dia happy tak srupa manusia biasa
Bonda,biarlah anak mu ini gembira seketika..hahahahha

3 comments:

G. said...

pergh.hebat2!!!
siapakah gerangan insan misteri itu.....?
curious.curious.

aida cy said...

shapa lagi..abang imran ajmain la..
Selamat ulang tahun sayaaangg~~

timmitimma said...

aku bace 1st ayat pon dh tau sape..haha