25.11.09

Wake-Up Call for You. and Me.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara


(edited version)
copied from kingkapak.multiply.com

17.11.09

UNpleasant surprise!

God knows how i felt right after abes my last paper and it's like 100 tonnes of weight being lift up from me..

and i was so thrilled to go home..

sampai depan umah...

a strong stinking smell of cat poop were there..greeting me home after a few months..

"demyu...demyu..demyuuuuuu,kucing punya tuan!!!!!!" aku bantai dalam hati..

what a home sweet home...TT-TT

got to spend about an hour to scrape and washed those nasty poopies off before i can sleep well..

takleh imagine laaa kalau aku tido knowing the poopies still there..


to my dearest jiran yang rajin sangat2 nak membela kucing tapi tak sedia kan tempat poops mereka, dengar sini aku nak memberi kata:

memang kucing tuh manja..
korang nak bela,korang punya suka laa..
aku takde kesah apa..
tapi,aku hangin gila..
kalau kucing korang berak merata..
ingat umah aku tandas awam ka?
tandas kat luar pon bayar laa~
kucing tu ko sayang,berak dia ko jaga laa..
kalo tak nak jaga, baik takyah bela..
buat susah jiran tetangga..
makcik aku bela 10 kucing takda kecoh segala..
senonoh je kucing dia..taw toilet mana, non toilet area mana..
jadi, ajar la kucing korang jadi btamadun ya..
bukan susah pon..
itu pon kalau korang pon btamadun juga...
haihh..bara tol hati gua~

demyuuuu...demyuuuu...demyuuuu.....demyuuuu...
ilang nafsu makan aku seminggu....
strong smell tuh mahu lekat kat liang2 bau hidung gua smpai gua trauma...
deeeemmmmmmmmmmmmyyyyyyyyyyyyyuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!

5.11.09

Mumble of the Month.

kenapa??? kenapa??? kenapa??? wae?? por que?? limaza???? why????

kenapa kalau nak exam je.......

-saya semakin rajin tengok movie.

-saya semakin selalu main Solitaire.

-saya terpanggil-panggil untuk pergi online atau pun online bila ada TERlalu depan computer lab.

-saya cepat rasa penat dan terus ambil peluang untuk tidur.

-saya akan selalu fikir 'apa yang saya nak buat bila cuti dah start?' dan 'lepas habes exam,saya nak pergi tgk wayang or karaoke or main bowling??'

-saya punya idea untuk berbelogging pon akan datang mencurah2 seperti coklat mencurah ke ladang gandum dan jadi lah kokoKrunchh. psst~ korang penah tak makan kokoKruch ngan dadih???? heaven on earth wa cakap sama lu...

dan....

-penyakit CLUMSY saya pun akan datang tAnPa diuNdAnG...benci2..

kalau orang cakap awak clumsy,mengaku je taw..pasal memang betol pon ape yang orang cakap tuh~ TT_________TT
panas hati betol~
fuuuhhh..fuuuhhh...cepat la sejuk,baru leh pokus stadi balik...fuuhhhh..fuhhhh


motif of da day: saya nak cakap yang saya sedeh..psl saya seorang yang clumsy..masalah nye, clumsiness ni datang time depan family je...depan kawan,saya cool je,kawan2 saya lak clumsy..hehehe...erm,agak2, balak saya in the future, leh trima tak clumsiness saya nih?? (he better be accepting it,or at least prepare to listen to me whining from it...;D )

26.10.09

bila hari malang datang...

senggugut pon menyerang...

takleh bangun, baring terbongkang...

tiba2 boleh dapat parut di betis nan sebatang...

sakit sangat sampai tulang...

pegi cafe,dapat chicken grill hitam..

mmg itam trang tang tang..

dah la kecik tapak tangan je saiz nye..konpem la tak kenyang...

last2 beli milo ais,dah la rasa neskepe, gula pon kurang...

haihhh la nasib badann..malang...malang...

9.10.09

bilajumaatdatang...

Bila jumaat datang

Hati aku lapang

Otak aku tenang

Jiwa aku riang

Bila jumaat datang

Buku2 terbang hilang

Aku bersenang lenang

Tengok movie, tido and online bergantang2

Bila jumaat pergi

Mood lepak tu tak hilang lagi

Badan perlu di-refill energy

Minda da kene get ready

Psl bila sabtu pergi

ahad pun pergi

dan Isnin mari

Monday morning blues aku pon jadi heavy~

6.10.09

Jumpa

Jumpa mula-mula tak dirancang
Bulan puasa 2008,lepas berbuka dengan bonda, Plaza Mas Alam tempat kitorang tengok2 barang
Time nak balik kitorang bengang
Dengar suara-suara sumbang MC bersembang
Pok pek pok pek kat tengah2 shopping complex sorang2
Konon2 nak perkenalkan penyanyi yang datang
Cakap lebih,promo kurang
Rasa macam nak pergi bagi komen mcm komen sorang juri garang
"Kalau nak sembang kuat2, gi balik umah la bang!"


Aku pon kepoh,pergi jenguk kat tepi Giant
Nampak kamu atas stage, aku terpana
Kamu berbusana hijau muda
Hati aku berbunga2


Turun escalator laju2
Smpai depan kamu
Aku kaku
Aku senyum,aku pandang kamu tapi aku kaku lagi disitu
Slowly aku pergi dekat kamu
Aku cakap "Boleh tak nak autograph satu?"


Kamu pandang aku,kamu senyum..
"Nama ape?" kamu soal, "Manal" jawab aku sambil jantung berdentum2
Namaku kamu sebut berulang
Hati ku terus hilang,terbang ke awan


Jumpa kali kedua kat bukit bintang
Aku datang untuk kamu seorang
Org keliling semua pandang2
"Gila ape minah ni sorang.."
"Minat kat mamat tah dri mane tah datang..
"Nyanyi lagu yg tak penah didengar orang.."


Tapi aku tak kesah
Pasal kamu ada sebut nama aku sebelum kamu naik atas pentas tu
Kamu senyum dan kenyit mata kamu
Aku pon duduk situ smpai kamu berlalu


Jumpa lagi di suatu ketika
Tempat yg tak di sangka2
Kat tempat kamu selalu lepak,tapi mula2 aku pon tak prasan sebenarnya
Tapi memang tak ku jangka
Tak sangka kamu ada
Kamu berbaju coklat muda
Berjeans biru,sempoi and lepak je
Duduk di bucu meja itu dengan member2


Aku buat2 tak nampak
Padahal hati dah membuak2
Bila kamu tegur dulu
Hatiku degup laju2
Dan lidah aku terus kelu
Dgr kamu berbicara sama makcik2 ku
Ahh..kamu bagai sudah lama bersua
Senang bergaul mesra
Hormat sama orang tua
Pandai memancing tawa
Membuat org suka


Dan sebelum ku berlalu
Aku minta maaf kerana menganggu
Tapi kamu kata tak apelah
Kamu tak kesah
Lalu kamu sebut nama ku
Hati ku terbang skali lagi
Aku senyum tak boleh berhenti
Smpai kene sakat dgn makcik sendiri
Aghh lantakla aku punya hati..
Lepas tu kitorang gi makan,makan beger pon rase mcm mkn spageti
Sedap out of the world sekali
Sambil dgr2 makcik2 ku puji kamu berkali2


Lepas tuh aku ingt kita takkan bejumpa lagi
Tuhan punya rencana,sminggu kmudian punya cerita
Kamu dan aku berjumpa
Di tempat yang ku tak terpikir seumur idopku di dunia
Paling tak masuk akal punya..
Atas highway aku nampak kamu dlm kereta
Dan seronok nya aku dpt lambai kamu
Kamu balas lambai aku juga
Time kereta kita berhenti kat tol MRR2
Bahagia nye aku,toksah nak kata..
Mak aku smpai juling2 mata
Tengok anak dia happy tak srupa manusia biasa
Bonda,biarlah anak mu ini gembira seketika..hahahahha

27.8.09

Rindu.

Walid..

Walau rupanya sudah kabur

Walau jasadnya sudah berkubur

Tawa dan amarahnya sudah lebur

Aku tetap rindu..

Sayangnya tetap subur

Semangatnya tak hancur

Aku masih rindu...


Kalau dia ada, aku mungkin sudah berada di seberang benua

Kalau dia ada, aku tak sukar merencana dunia

Kalau dia ada, hatiku tegar,tegas tapi manja

Kalau dia ada, aku takkan gundah dulana

Kalau dia ada, hidup aku serba kena

Tapi, usahlah dipersoalkan lagi wahai hati

Sudah ajalnya,

Sudah masanya

Sudah ini perjanjian antara walid dan Dia

Walid pergi bukan meninggal bala

Tanggungjawabmu wahai diri

Pada umi,pada sendiri,pada adik2

Tuhan pun tahu aku mampu buat,

Tuhan tahu aku kuat

Tuhan uji pada yang tahan

Uji pada yang Dia sayang

Aku harus tabah semangat

Penjalanan masih jauh dan berliku

Aku tak boleh duduk berteleku

Tak boleh merenung kaku masa depanku

Haruslah bangkit, haruslah gerak,haruslah berlari mengorak tapak

Kerana itu semangat walid

Yg aku tahu walid mahu ada padaku..


p/s: Selamat menunaikan ibadah sesempurna mungkin di dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini..ampun maaf dipinta kalu ada salah kata..

p/s2: ini la yang berlaku apabila mood menulis takde,tapi yang ada hanyalah moodiness..harap bersabar ye kawan2..