25.8.10

Henpon :)

Waktu mula mula aku dapat handphone dulu, walid aku dah siap bagi warning, "Telefon ni untuk call walid, umi and family je..faham??" Dengan nada suara anak yang patuh aku pun jawab "OK :D" ..almaklom lahhh, baru dapat barang baru, time ni kalau suruh pergi cuci kasut sekolah pun, mesti lajuuu je..(aku kecik2 pemalaih nak cuci kasut..selalu cuci last menet..so, campak dalam washing machine pastu jemur dalam bilik parents aku,pasal bilik tu ber'aircond'..hehe)

Aku berjaya maintain track record bersih henpon aku untuk 2 tahun, dan ada lah satu hari ni, warden buat spotcheck orang hilang henpon, tapi dia bukan setakat check henpon, malah dia siap baca lagi semua mesej2 dalam henpon kitorang...Nak dijadikan cerita, antara salah satu henpon yang tersangkut kat bilik warden atas alasan yang tidak dapat dikenalpasti adalah henpon aku..

Aku ,dengan rasa cuak tapi muka still belagak macho, mula menapak pegi bilik warden. Rupa rupanya henpon aku kena tahan pasal ada satu mesej kat inbox yang mengandungi perkataan b*.b.i. Ni semua kawan aku punya pasal lah..dia hantar mesej tu malam sebelumnya kat aku pasal nak cerita yang dia tengah bengang dengan awek dia..aku pulak TERlupa nak delete,jadi mesej tu dok ada laa dalam inbox aku tuh..Tak pasal pasal, aku kena tulis nama aku dengan kawan aku si sender mesej tu dalam buku warden. Warden siap cakap lagi, "kalau awak tak tulis nama kawan awak, saya call parents awak."  Pastu laju je tangan aku tulis nama kat atas kertas depan mata..

Keluar je dari opis warden tuh, terus aku call umi, pasal aku takut warden call parents aku. Aku taknak dorang dengar cerita dari mulut orang lain dulu. Aku pun pong pang pong pang lah cerita yang aku kena panggil pasal mesej dari kawan aku nih..and aku mintak tolong umi forwardkan story hangat ni kat walid aku. (cuak bebbb...)

Tanpa memberi barang sesaat dua untuk aku bernapas, zuuuppp!
''WALID calling...'' adehhh..guano nehh..
*tekan butang hijau nokia 3310 kaler biru gelap dengan lampu skrin kaler biru muda*
M: Assalamualaikum,walid..
W: What happened??! Walid bagi ma henpon tu untuk call family kan? bla...bla...bla...bla...I don't want to hear this kind of stories anymore..No call or sms with boys! Walid dengar lagi sekali, I'll take away your fon,paham??
M: *terkedu...* okay...... :( (Sedih pasal walid marah..)

Disebabkan walid aku jarang marah, tapi sekali meletus, susah nak selamat lah..So, aku terus tak berani mesej dengan budak laki2 dah...paling kuat pun, mesej dengan kawan2 perempuan je..
Lepas track record berjaya dipulihkan, start balik mesej2 dengan classmate and schoolmate lelaki. Tapi tak berani call or jawab call. Pasal takut walid terdengar. Tak senonoh kan perangai...hahahaha..Perangai tak suka angkat call ni, especially daripada lelaki, melekat sampai sekarang. Everytime ada nama lelaki keluar kat caller ID, mesti aku akan pause sekejap,baru ambik call tuh..hahaha..Ni lah padah nye kalau buat mende yang parents tak bagi...

Yang lagi tak boleh blah nya, lepas walid dah meninggal beberapa tahun, then terbukak balik cerita ni..Bila aku cerita kat umi, boleh umi bantai gelak guling-guling atas sofa.. (-_-") 

Umi (U) :Actually, before walid call ma tuh, umi dah cakap dengan walid dah...
M: Umi cakap ape??
U: Umi tak kesah kalau setakat berkawan je, pasal ma pun duduk co-ed school, jadi nak tak nak, akan bercampur dengan boys jugak kan..Tapi walid tak setuju jugak, walid cakap 'I tak suka dia ada boipren2 nih, kalau dia nak ada boipren pun, tunggu sampai masuk universiti, itupun I yang akan cari kan untuk dia'..Umi pun gelak jela..
M: Whaaaaattt?? Tunggu sampai uni?? Walid cari kan?? hahahahahahahahahahahhahaaha..

Tengoklah betapa hebatnya penangan kata-kata seorang ayah sehingga membuatkan anak gadis nya sampai sekarang ni single :D

ps: Al-Fatihah untuk Arwah Walid :')

4 comments:

psenk said...

WOW. dasyat. pas ni aku konfirm nak marah anak anak aku ah.
HAHAHA
*imaginasi aku ade anak, pfft. priceless*

Ms. Shy said...
This comment has been removed by the author.
Ms. Shy said...

hahaha..
anak perempuan memang selalunya dengar cakap bapak..so,use the opportunity well,Shapiq..haahaha

selamat menjadi doc yang cool cam arwah ayah aku dulu ;)

*it's a bit early and hard to imagine, but tak mustahil lah..*
hahaha

timmitimma said...

haha comel lah kau dulu..innocent child ;P