19.8.10

Soalan..

"Kalau ikut korang lah kan, korang nak jumpa bakal pasangan korang kat mane?"

Tiba tiba je ada kawan aku bagi soalan tu time aku and lagi dua tiga orang kawan aku dah di penghujung sesi berbuka. Kawan aku nih memang pakar lah dalam bab mengutarakan soalan soalan luar kotak minda macam ni, especially time tengah makan or time tengah study untuk final exam. Kenapa dia suka tanya soalan pada waktu waktu macam tuh, itu yang kita tak tahu ya..heehee

Hah! Sila lah jawab...Soalan tu korang nampak je macam cikai and bakal buang masa 10 minit dalam hidup korang nak jawab soalan camtuh..tapi cuba korang selami dan halusi soalan tuh dan korang akan mula pikir dalam dalam...

Mak aku pernah TERcerita kat aku, dia cakap kalau nak cari pasangan hidup ni, kena tengok jugak tempat nya. Kalau molek tempat nya, InsyaAllah, molek lah jugak orang nya. Contoh senang cerita, kalau nak cari yang bertudung labuh, sentiasa berkain batik, cakap pun kuat lagi suara kucing mengiau, janganlah harap dapat jumpa kat naitkelab. Mungkin boleh cari di kampung ceruk tok kun...mungkin boleh jumpa, mungkin lah..

Jadi, kawan kawan aku yang lain dah bertubi tubi bagi skema jawapan dorang kat si penanya soalan tuh. Sorang nak kereta dia berlanggar dengan kereta mamat tu , then boleh gaduh gaduh manja , bertukar ID yM, then panjang jodoh sampai akhir hayat. Ada sorang pulak nak jumpa kat dalam stadium bola, lebih bagus kalau si jejaka tuh berada dalam padang, bukan untuk potong rumput, tapi untuk score goals. Mana lah taw, time mamat tu tengah nak score goal, nampak kawan aku ni jerit " Go Mamat Go!!" terus mamat tu jatuh chentaaa...Yang sorang lagi nak jumpa kat taman, konon2 nya, ada budak tengah lari lari, lepas tuh tersungkur depan dia and dia pun tolong lah angkat budak tu and sapu pasir debu semua, and rupa rupanya yang jatuh tersungkur tuh anak sedara kepada si jejaka idaman, dan jejaka tu dapat lah nampak sisi keayuan dan keibuan kawan aku tuh.

Aku? hehehe..malu lah nak cerita ;)

Aishhh, gedik pulak lah kan..Ok lahhhh..nak cerita lah ni..

Aku simple je, aku teringin nak berjatuh hati kepada seseorang yang berDSLR, time photo outing..hemmmm, mungkin statement tu berbaur sedikit materialistik, tapi at least, itu yang aku rasa menarik..bagi aku, mereka yang berDSLR ni sangat menarik dan mempunyai gaya tersendiri dan juga tahap artistik yang tinggi. I loikkee.. Korang tak rasa cute ke?? Nanti dia boleh ambik gambar aku, aku boleh belajar ambik gambar dari dia. Kalau family aku perlukan photographer, dia ada, and kalau dia nak assistant photographer, aku ada..

Itu je yang sempat aku terpikir time tuh, mamat berDSLR (with good sense of humor) + aku +taman bunga + padang hijau + awan cerah kepul2 = heaven..

Lagi best, kalau mamat tuh bekas budak setan macam Farid Kamil tuh..hikhikkhikk ;p

pi.es: saje nak cakap yang 1st episode of LBS aku rasakan kurang menarik..I want Lisa, I want Lisa!!

pi.es.tu: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK to ALL!! :]

2 comments:

[z@ck] said...

manal..lagu blog syahdu gila..
sobssss

Ms. Shy said...

lagu blog ikut tahap emosi semasa tuan punya blog.. :D