10.11.11

Cliche Hidup.



 
Ada yang bulat, ada yang oblong
Ada yang kecik ada pula kembong
Ada yang ceria, ada yang kusam
Ada tinggi dan juga yang rendang
Itulah hidup.

Ada yang pijak di tanah rata
Ada yang suka terbang ke awan senja
Ada yang takut dengan tinggi
Ada yang tak mahu turun lagi
Itulah hidup.

Ada yang usaha kuat, tak sembang kencang
Ada pula yang lagak tin kosong
Yang terlangkup, ditimpa rintis air hujan
Bila mentari terbit, hilanglah suara
Itulah hidup.

Ada jiwa secekal Kucing the Cat
Ada hati seceria bola-bola udara itu
Ada insan punya hati serapuh tali halus
Tapi punya angan2 lebih besar dari nyawa
Yang menunggu peluang, kudrat dan masa
Untuk bawa diri, keluarga dan masa depan ke padang seberang yang lebih hijau
Itulah hidup.

pi.es: Tahniah En. Fadhli Hamdan diatas 10,000 'Suka' yang anda dapat! :) En. ContengConteng ni ada buat peraduan paling senang dalam dunia yang diberi judul '10,000 Interpretasi" bersempena dengan 10,000 'suka' yang beliau dapat di FB. Untuk maklumat lanjut, jemputlah ke www.contengconteng.com dan tarikh tutup peraduan ni jatuh pada 12 November 2011, 11pm.  :D