Showing posts with label BadDay. Show all posts
Showing posts with label BadDay. Show all posts

21.6.11

Bad mood brings you nothing,gal.

Di Drive-thru Mekdi tadi,

Scene #1

Machine (Mc) : Hai, selamat datang! Boleh saya ambil pesanan anda?
Me (M) :  Hai, bagi saya grilled chicken burger ye.
Mc : ok, satu chicken burger, set happy meal ke?
M : (adoiii..mana datang lak happy meal nih??) -_______-"

--------------------------------------------------------------------------------

Scene #2


M : Ishhh, macam mana nak shake fries nih...serbuk diorang tak bagi..ni yang bengang nihhhh... *insert muka tak puas hati*
Umi aku (Ua) : dah tu? nak suh umi patah balik and pegi bantai dorg seme??? langgar kedai dorang, kasi pecah semua tingkap2 dia..nak?
M: takyah lah umi..penat ah..hehe *tapi still makan gak fries tu dengan rasa tak puas hati..*
(...nom nom...suap fries masuk mulut...nom nom...sampai fries tinggal 7-8 batang..)
M: issshhhhhhhhh...umiiiii, tgk ni..dorang letak kat dalam paper bag nihh.. dah tinggal suku ni lah, baru jumpa..ishhhh...
Ua: *umi aku senyum je..*




pi.es: sila lah jangan bad mood sangat ye lain kali, diri sendiri.. (baikkkkk :) )

2.12.10

Crush and then Crushed..

Untuk post yang ke-80 ni, aku rasa macam nak cerita pasal.....ah,baca sendiri lah ye :) Oh,kenapa aku highlight kan post yang ke 80 ni?? Pasal aku suka even numbers...dan kalau nak tunggu post yang ke-100 tu,macam lama sangat lah pulak kan..

Ok,back to the story mory..

Al kesah nya, seperti setiap sem yang sebelum ini, before final exam, mesti lah ada presentations and assignment submission and yaddi yaddi yadda kan?

Dalam satu kelas ni, lecturer kitorang akan mintak one lucky (lucky lah sangat -.-" ) student untuk evaluate presentation yang telah dibuat oleh rakan sekelas di akhir presentation itu. Method ini lebih dikenali sebagai peer evaluation, dan markah is restricted to A,A-,B+,B,C. Siapa yang dapat C ni selalu nye pasal dia baca sejibik sejibik from the slides and notes, unprepared, stutter or banyak sangat 'aaaa' 'aaa' 'aa'... Dan markah yang telah diberi oleh si evaluator ni,akan dibandingkan dengan markah yang sir dah bagi..(tapi,final marks mesti lah datang daripada Sir,gilo hape kau..kalau aku bagi sapa2 C,tak ke orang tu akan ikot aku masuk toilet and belasah2 aku...seram2!) The objective of this act is to develop an honesty of grading among the students. (Hamek ko, ayat assignment aku dah keluar..haha)

Al kesah nya lagi, on one rainy day, I'm the lucky student. Wait, in fact, i felt the luckiest, because I got to evaluate an all-guy group and the guy I've been eyeing the whole sem is in it. Masa introduction, orang sebut nama dia,aku dah berbunga dah..Bila time dia present, aku dah ke langit dah..terawang-awang je..

Bila dah habis presentation, Sir pun jenguk-jenguk kepala,nak cari lucky student yang tak pernah evaluate sepanjang sem ni, and aku pulak dah slowly-slowly tunduk kan muka..malas lah nak grade orang kan..Sedang elok je aku nak tunduk,

Sir: Hah, ok..you! Sister! Evaluate! (jari tunjuk2 aku..)
Aku: Hah? Me?? (aisshh, boleh lak tanya soalan ngong cam tu..)
Sir: Ya lah..You.. I didn't point anybody else,right? (orang sekeliling giggle2 and angguk2---ceitt!)
Aku: (Sengih2 kambing..) Ok..First presenter..(It's HIMMMM!--dalam hati aku, berdebar + excited + gelabah + try berlagak cool..tapi aku dah tersenyum2 dah..) Ehemm..A-! Second presenter...ermm..B+..Third presenter..err...(pikir2..)
Sir: Which one is the third presenter?
Aku: (alahai sir ni..boleh dia buat pop quiz lak time aku tgh nak grade ni..) er..the one in the..(eh jap, itu cardigan ke sweater hah? Eh, lelaki mana pakai cardigan, sissy gila..Lelaki pakai sweater kan? Tapi ape kejadah nye orang malaysia nak pakai sweater gi kelas..tak panas ke?? oh lupa,hari ni hujan..tapiii,tiap2 hari je tengok dia ni pakai sweater..er..dah la rambut nak buat pesyen ala2 korean,tapi bang oih,tak berapa sesuai la dengan awak tu..ish..cardigan ke sweater ni??)
Sir: Sister! Hurry up! Which one is the third presenter and what is his grade?
Aku: (kejap la sirrrr -.-'' eish..) The third presenter is the one in the cardigan and it is....
(tiba tiba kelas aku bergegarrrrrr....DENGAN KETAWA MAMAT YANG AKU USHA TU!)
Dia: WARGHHAHAhahahahahahahahaa..cardigann!!! hahahahahhaha...
Yang lain lain: *ketawa2* *giggle2* *mamat yang pakai cardigan tu pun gelak2*
Aku: (OWKAYY..ape yang berlaku tadi?? ape aku cakap?? dammit..did i say cardigan???? ouuffhhh! -___-" !!!) er..the grade is A- (kalau ikot hati,nak bagi C je..but honesty babe,honesty!!)


Daymm..pastu aku terus tak angkat muka dah sampai habis kelas..Malu kot!!! Rasa cam nak sumbat muka dalam tanah ni..panasss je muka.. Adeh, Bro 3rd Presenter, apsal lah baju ko sangat complicated hah..aduiihhh...

Dalam malu2 tu, aku senyum je sepanjang kelas and sepanjang hari..pasal aku dapat dengar mamat tu gelak..
Haiih..crush is such a complicated feeling..

pi.es: lepas mamat tu gelak kat aku, aku nampak dia keciiiikk besar keciiiikkk besar je..ishh~ tapi,kalau dah nama pun crush, dia bantai gelak golek2 atas lantai pun,aku punya sakit hati tu takkan last long..kejap je,pastu berbunga balik..pastu, sakit hati balik..berbunga balik..haihhh..

8.10.10

SAKIT

dear awak,

saya tak tahu nak cakap apa yang saya rasa ni pada siapa..
kalau nak cerita kat kawan kawan, takut lah nanti dorang kata saya ni cengeng..
stress sikit je,bebel satu buku..ahaha..
jadi, saya ada awak je..
saya nak pinjam mata and hati awak kejap ye..

awak, semenjak dari jamuan raya aritu,saya rasa loser giler..
saya asyik buat orang sakit hati dan membenarkan orang sakitkan hati saya..
saya penat lah awak..saya penat pasal asyik nak mintak maaf kat orang psl saya TERsakit kan hati dorang..padahal takde sekelumit nawaitu pun dalam jiwa saya ni, nak sakit kat hati dorang..bila orang sakit hati kerana saya, saya pulak rasa bersalah dan sakit ..
sakit hati..sakit badan, sakit jiwa, sakit bahu, sakit kepala, sakit dada..
nak bernafas pun saya rasa tak larat, awak..saya ppennaaatttt..
ye,saya tahu awak dan kawan kawan saya pun ada kerja, kita semua penat..
kita semua penat sangatttttt..saya tahu...tapi say nak jadi crybaby..i want to whine..saya nak cakap jugak..


HATI SAYA SANGAT SANGAT PENAT

dan tak terkira berapa kali saya nangis hari ni....sebab penat...

buat yang terasa hati, maafkan lah hamba Allah ini..
buat yang kecewa, maafkan lah hamba Allah ini..
buat yang menghina, maafkan lah hamba Allah ini..


*urghh..nak nangis lagiii...*


thanks awak..walau awak entah siap,entah dimana..
mata dan hati awak,saya hargai semua.

31.5.10

Not worth it.

My sorry,
Does not worth a measly penny,
Certainly not for free.

My sorry,
Sprouted from deep inside me,
Meant what it meant to be,
And stretched beyond the 'Y'.

My sorry,
You,
Not worth a single letter of it.

Heartache :: Stomachache :: @ 2.25am

27.2.10

Jijik!

::Warning awal-awal, ini entri emo::

Dia,
kau sepak,kau terajang,kau tendang,
patah temulangnya, pecah isi perut nya, retak kepalanya,
apa kau sudah hilang akalkah,manusia?

Dia,
budak yang selayaknya bebas bermain,
budak yang selayaknya dibelai dan dimanja,bukan dikasari sesuka rasa,
apa kau sudah hilang akalkah,manusia?

Dia,
di badan kerdil nya,
di bujur kaku itu,
kebiruan berlebam tanda amarah kau,
berdarah pecah tanda benci kau,
koyak tersiat tanda zalim kau,
apa kau sudah hilang akalkah,manusia?

Dia,
umurnya tak sematang kau,
akal nya tak sewaras kau,
kudratnya tak berbanding kau,
apa dia curi duit kau kah?
apa dia makan nasi kau kah?
apa dia tumbuk muka kau kah?
apa dia kencing di atas baju kau kah?
tapi,

Engkau,
ibaratkan badan nya seperti bola,
ibaratkan mukanya seperti alas kaki,
ibaratkan kulitnya seperti tempat abu rokok,
ibaratkan jiwanya tak berperasaan,
ibaratkan dia bagai patung mainan,
tempat kau hambur kekecewaan,
tempat kau semburkan kemarahan,

Heyy kau!!!!
aku jijik dengan kau,
maaf,mungkin kau tak terasa,
kerana kau mungkin bukan manusia,
kau mungkin patung bernyawa,
aku rasa lah,kerana,
haiwan pun lagi baik dari kau,
anjing pun tahu belai anak,
singa pun tahu jaga anak,
beruk pun tahu hargai anak,

Kau rasa kau berkuasa, tamat kan riwayat ciptaanNya?
jelas lah,kau belum kenalNya,
kau tak tahu gagahNya,
kau lupa akan kehebatanNya

Satu aku harap,
Tuhan itu Maha Kaya,Maha Berkuasa,
Maha Adil,Maha Saksama,
satu hari mungkin kau dapat rasa,
apa yang kau buat budak itu rasa.

13.1.10

Sinopsis. Rabu.

Cereal for breakfast -------> Nice.

Came early to class --------> Good.

Paid for a conference. Pokai!-----> Not so good.

Stomach ache -------------> Not good.

POP QUIZ in Money & Banking class. ----->Bad.

POP INTERVIEW for assignment done. --------->Worst!


Summary: Kahwin lagi senang ke, lagi susah eh??