Showing posts with label Fresh from the heart. Show all posts
Showing posts with label Fresh from the heart. Show all posts

3.12.10

Ear Candy.Chocolate Heart.Sweets for the eyes.

He has a soothingly nice voice and plays the guitar.
He takes nice pictures and does awesome videos.
He can act.
He is superbly funny and talented and random and full of crazily funny ideas and did I mention funny?

Sekarang saya dah ada spare parts..
Dari Dae Han Min Guk (South Korea), taste saya shifts to the west...But still related to Asia..
Ladies and gentlemen, (waahh, feeling blog famous sudah mareyy..) I present you, My Eye Candies!!





 

He also did a collabo with Jay Park (former 2PM leader & my fave member) in a Youtube shorts:




 And he starred in the first Youtube medium video (it's not as long as a film but not as short as a skit) alongside with my newly faves, Kevin Wu (a.k.a Kevjumba--another famous Youtube celeb) and the WongFu guys!

  

 Wesley Chan, Ryan Higa, Kevin Wu, Philip Wang (Ted Fu is not here) :)




  

From left: Ted Fu, Philip Wang and Wesley Chan of WongFuProductions.




 Another Youtube hottie, the oh-so-hot Joseph Vincent, can make a girl melt like chocolate when he sings..






 Oh..ni ada satu gambar my candy with my mak mertua:


Say hiiii to Aunty Luci Higa!


pi.es: All pics credit goes to Uncle Google Loogle..
pi.es.tu: Ni yang rasa nak pergi duduk kat LA nih.. :)

24.11.10

Ponder.

"Tangan pemberi bunga akan sentiasa berbau harum"
-Musen-


Kalau orang yang ikhlas memberi bunga kepada sesiapa dengan niat untuk menggembirakan orang tu, kan orang tu dapat pahala. Ye lah kan, mana ada orang bagi bunga kat orang yang dibenci,ye tak? Itu juga petanda yang bahawasanya, bukan sahaja tangan si pemberi bunga itu sahaja yang berbau harum, malahan juga hati nya dan personalitinya. 

Orang yang berbau harum confirm akan disukai oleh manusia manusia di sekeliling nya, kerna, sappaa lah suka orang bau tak mandi 10 hari kan? Allah SWT pun sukakan wangian dan kebersihan..apatah lagi manusia.. :)

Orang yang hati nya harum sahaja lah yang boleh terdetik untuk mengharumkan hati orang orang di sekitar nya juga..so that the world becomes a better place, for you and me gitewww~

Orang yang berpesonaliti harum sahaja yang dapat mencuri perhatian orang sekitaran nya..Tahap keyakinan dalam diri juga bertambah, which will influence the way we talk, walk, think and act. Orang berpesonaliti harum ni juga lah yang berupaya mengenali bakat diri sendiri, berusaha dengan jayanya, mengatasi dan menyelesaikan segala masalah dengan pandangan positif, KERANA, orang itu berbau,berhati dan berpesonaliti harum.

Well, I do believe that positive thinking is a GREAT force and motivation driver. Once we've set our mind in a positive way, everything will sail smoothly and falls into its place. 

HOWEVER, if it were to happen that something is is not right or too many things are blocking our way and positive thinking seems useless and very hard to do , remember that, it might be one of Allah's way to remind us that " I love u,so show that you love me by facing all these troubles''.. Alaaa,kalau sanggup merentas lautan berapi dan laut beku dan mungkin laut merah untuk kekasih, untuk Pencipta, apa salahnya kan? Pernah jumpa ayat ni kan? 

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah, Ayat 216)


pi.es: Lama dah ketuk ketuk keyboard :)
pi.es.tu: Untuk muhasabah diri dan sesiapa yang membacanya atau terbacanya..hehe
pi.es.tri:  Petikan menarik kat ataaaas sekali tu, ternampak dalam cerita Ayoub (cerita drama baru kat TV3 kul 10.30pm) :D

26.8.10

:D


Alhamdulillah.
Jaga barang amanah orang elok elok.
Jadi motivasi hati sampai bila bila.
Bukan senang nak dapat kurniaan Allah begini rupa.
Berkongsi lah setakat mampu kalau dapat mendatangkan ilmu manfaat bersama.

Dah, jangan happy happy sangat,karang nangis pulak.
Pergi study,Manal..Esok exam, minggu depan,berderet midterms. Ok?

ps: Alhamdulillah ya Allah,Alhamdulillah. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahu Akbar!

31.5.10

Not worth it.

My sorry,
Does not worth a measly penny,
Certainly not for free.

My sorry,
Sprouted from deep inside me,
Meant what it meant to be,
And stretched beyond the 'Y'.

My sorry,
You,
Not worth a single letter of it.

Heartache :: Stomachache :: @ 2.25am

27.5.10

Aku pernah..

Rasa bersalah. 
Aku dengan rasa bersalah ni memang dah bersahabat lama. Kamceng baik punya.
Dengan siapa siapa pun, aku boleh rasa bersalah. Kadangkadang, orang yang aku tak kenal pun aku macam, ''Ishh, rasa bersalah la pulak lepas terlanggar bahu mamat ensem tu..kang dia ingat aku ni sukesuke je nak langgar dia..'' (Contoh yang amat hiperbola ye rakanrakan :p ) Tapi sekiranya aku betul betul bersalah, memang lah aku mintak maaf and ape yang patut. Ni aku tengah nak cakap pasal rasa bersalah pasal mende remeh je, rasa yang tak sepatutnye wujud tapi aku pergi wujudkan...

Disebabkan aku telah tercampak di dalam komuniti asrama dari zaman aku punya hingus dah ala ala nak kering sampai la zaman dah pandai nak melawa dulu, developement rasa bersalah ni cenderung ke arah kawan kawan aku dan selalu datang dan susah sangat nak hilang. Sampai satu ketika, aku rasa macam rasa bersalah ni dah jadi habit and had a great impact upon my social life.

Rasa bersalah aku ni pulak, sekali datang tu, boleh membuatkan diri aku rasa yang aku dah buat benda paling berdosa dalam dunia. Padahal, aku terlupa nak angkat kan baju roomate aku dari ampaian je. Pastu, mula lah aku start ber'sorry sorry' kat kawan aku nih.. Tapi kawan aku tu cool je..Lepak and rileks je..Ajaib nya jugak, kadangkadang sorry bertingkat tingkat atau berkodi kodi pun tak mampu nak buat aku rasa ok balik.Sampai satu tahap, aku kena belanja Milo kotak or roti sebungkus untuk aku hilangkan rasa bersalah tu. Ye, aku ingat kawan boleh dibelikan barang sebegitu dan mereka akan stay dengan kita dan jadi kawan kita sampai bila bila.

Pernah jugak la terlintas di sanubari aku ni, kenapa aku ni mudah rasa bersalah...dan jawapan aku: Aku takut hilang kawan. Ye, singkat betol pemikiran aku zaman purba dulu. Bagi aku, duduk kat asrama, ko akan banyak bersandar on kawan kawan, apetah lagi kalau anak separa tunggal macam aku ni. Memang worship kawan habis lah.

Dah lama lama aku jadi friendship worshipper ni, aku jadi bosan. Bosan pasal ada antara kawan kawan aku mula terasa agung dengan perangai worshipping aku ni, dan mula buat perangai merajuk merajuk buruk cam hampeh kalau aku ada ura ura nak jalinkan friendship baru dengan orang lain di sekolah yang sama. C'mon la weh, aku bukan teddy bear harta kamu seorang. Kalau dulu dulu, aku akan cepat cepat pujuk kalau kau merajuk, tapi bila angin nyampah aku datang, aku biar je. Lantaklah labuuu.. Aku pun reti muak jugak kalu asyik nak mengadap muka ko je dari subuh sampai senja sampai subuh esok semula. 

Dalam kebosanan aku tu, aku terpikir. Macam mana lah aku boleh corakkan diri aku jadi hamba perasaan orang. Hati orang aku hiburkan, jaga macam menatang milo ais penuh secawan. Tapi bila orang tu sikit pun tak value hati aku, aku boleh diamkan, butakan, tuli kan dan bodoh kan je. Lama lama, Allah seakan-akan nak bukak kan mata hati aku, dan tiba tiba je aku jadi muak dan bosan dan benci dengan perlakuan aku dan perangai kawan kawan aku. Disitu la aku mula rasakan yang macam mana kau worship kawan pun, family jugak yang akan stay dengan kau bila kau susah, busuk, sakit pening. 

Perlahan lahan, aku dah boleh singkirkan rasa bersalah useless tuh. Aku belajar untuk rasa bersalah at appropriate times and when neccessary sahaja. Ada masa nya, datang jugak rasa bersalah tak semena mena aku tu, tapi aku slow talk dengan diri aku sendiri, get rid of the feeling slowly and by 1 hour, aku sudah kembali normel :)

Sekarang aku dah tak worship kawan kawan aku.
Tapi aku sayang mereka selayaknya. Seadanya. Semampu aku.
Dan bagi aku, kalau aku memang worthy, 
aku tak perlu worship mereka pun, mereka akan sayang aku semula. Semampu mereka.
Dengan mereka, aku belajar erti tabah,
Dengan mereka, aku jadi perkasa jiwa,
walau rasa lemah dan kosong dan rompong dan rapuh datang sekali sekala.
Tapi aku tahu mereka ada. Bahu mereka kuat menahan berat jiwa aku.
Tangan mereka gagah menahan sayu aku.
Gaya dan jiwa mereka gigih membahagiakan aku. 
Mungkin itu rasa aku cuma.
tapi aku suka. 
dan aku tak perlu pun untuk worship mereka.


pi.es: tengok, aku dah rasa bersalah sebab campur aduk kan cerita pasal rasa bersalah dengan rasa syukur ada kawan kawan yang dapat hilangkan rasa bersalah aku :)

pi.es.tu: entry peringat diri :)

22.5.10

I knew.

I always fall at the first sight.
And it will hold onto me so tight.
Never less. Never fail.

Time flew by.
Seasons changed.
People grew.
Matured and anew.
And so I thought my feelings too.

But.
Little did I knew, it was there to stay.
Little did I knew, it was buried deep.
So deep,in the layers, waiting to be discovered again.

When discovered moments after,
it left me with a scar.

You're my secret scar.
Invisible.
Forgotten.
Yet still painful.



Thank you for reading and Assalamualaikum, beautiful people.