31.5.10

Not worth it.

My sorry,
Does not worth a measly penny,
Certainly not for free.

My sorry,
Sprouted from deep inside me,
Meant what it meant to be,
And stretched beyond the 'Y'.

My sorry,
You,
Not worth a single letter of it.

Heartache :: Stomachache :: @ 2.25am

27.5.10

Aku pernah..

Rasa bersalah. 
Aku dengan rasa bersalah ni memang dah bersahabat lama. Kamceng baik punya.
Dengan siapa siapa pun, aku boleh rasa bersalah. Kadangkadang, orang yang aku tak kenal pun aku macam, ''Ishh, rasa bersalah la pulak lepas terlanggar bahu mamat ensem tu..kang dia ingat aku ni sukesuke je nak langgar dia..'' (Contoh yang amat hiperbola ye rakanrakan :p ) Tapi sekiranya aku betul betul bersalah, memang lah aku mintak maaf and ape yang patut. Ni aku tengah nak cakap pasal rasa bersalah pasal mende remeh je, rasa yang tak sepatutnye wujud tapi aku pergi wujudkan...

Disebabkan aku telah tercampak di dalam komuniti asrama dari zaman aku punya hingus dah ala ala nak kering sampai la zaman dah pandai nak melawa dulu, developement rasa bersalah ni cenderung ke arah kawan kawan aku dan selalu datang dan susah sangat nak hilang. Sampai satu ketika, aku rasa macam rasa bersalah ni dah jadi habit and had a great impact upon my social life.

Rasa bersalah aku ni pulak, sekali datang tu, boleh membuatkan diri aku rasa yang aku dah buat benda paling berdosa dalam dunia. Padahal, aku terlupa nak angkat kan baju roomate aku dari ampaian je. Pastu, mula lah aku start ber'sorry sorry' kat kawan aku nih.. Tapi kawan aku tu cool je..Lepak and rileks je..Ajaib nya jugak, kadangkadang sorry bertingkat tingkat atau berkodi kodi pun tak mampu nak buat aku rasa ok balik.Sampai satu tahap, aku kena belanja Milo kotak or roti sebungkus untuk aku hilangkan rasa bersalah tu. Ye, aku ingat kawan boleh dibelikan barang sebegitu dan mereka akan stay dengan kita dan jadi kawan kita sampai bila bila.

Pernah jugak la terlintas di sanubari aku ni, kenapa aku ni mudah rasa bersalah...dan jawapan aku: Aku takut hilang kawan. Ye, singkat betol pemikiran aku zaman purba dulu. Bagi aku, duduk kat asrama, ko akan banyak bersandar on kawan kawan, apetah lagi kalau anak separa tunggal macam aku ni. Memang worship kawan habis lah.

Dah lama lama aku jadi friendship worshipper ni, aku jadi bosan. Bosan pasal ada antara kawan kawan aku mula terasa agung dengan perangai worshipping aku ni, dan mula buat perangai merajuk merajuk buruk cam hampeh kalau aku ada ura ura nak jalinkan friendship baru dengan orang lain di sekolah yang sama. C'mon la weh, aku bukan teddy bear harta kamu seorang. Kalau dulu dulu, aku akan cepat cepat pujuk kalau kau merajuk, tapi bila angin nyampah aku datang, aku biar je. Lantaklah labuuu.. Aku pun reti muak jugak kalu asyik nak mengadap muka ko je dari subuh sampai senja sampai subuh esok semula. 

Dalam kebosanan aku tu, aku terpikir. Macam mana lah aku boleh corakkan diri aku jadi hamba perasaan orang. Hati orang aku hiburkan, jaga macam menatang milo ais penuh secawan. Tapi bila orang tu sikit pun tak value hati aku, aku boleh diamkan, butakan, tuli kan dan bodoh kan je. Lama lama, Allah seakan-akan nak bukak kan mata hati aku, dan tiba tiba je aku jadi muak dan bosan dan benci dengan perlakuan aku dan perangai kawan kawan aku. Disitu la aku mula rasakan yang macam mana kau worship kawan pun, family jugak yang akan stay dengan kau bila kau susah, busuk, sakit pening. 

Perlahan lahan, aku dah boleh singkirkan rasa bersalah useless tuh. Aku belajar untuk rasa bersalah at appropriate times and when neccessary sahaja. Ada masa nya, datang jugak rasa bersalah tak semena mena aku tu, tapi aku slow talk dengan diri aku sendiri, get rid of the feeling slowly and by 1 hour, aku sudah kembali normel :)

Sekarang aku dah tak worship kawan kawan aku.
Tapi aku sayang mereka selayaknya. Seadanya. Semampu aku.
Dan bagi aku, kalau aku memang worthy, 
aku tak perlu worship mereka pun, mereka akan sayang aku semula. Semampu mereka.
Dengan mereka, aku belajar erti tabah,
Dengan mereka, aku jadi perkasa jiwa,
walau rasa lemah dan kosong dan rompong dan rapuh datang sekali sekala.
Tapi aku tahu mereka ada. Bahu mereka kuat menahan berat jiwa aku.
Tangan mereka gagah menahan sayu aku.
Gaya dan jiwa mereka gigih membahagiakan aku. 
Mungkin itu rasa aku cuma.
tapi aku suka. 
dan aku tak perlu pun untuk worship mereka.


pi.es: tengok, aku dah rasa bersalah sebab campur aduk kan cerita pasal rasa bersalah dengan rasa syukur ada kawan kawan yang dapat hilangkan rasa bersalah aku :)

pi.es.tu: entry peringat diri :)

23.5.10

CJD 1











*CJD 1 = Creative Juice Drop 1.
*More pictures coming. :)
*Reason for sharing : It's just blog worthy! ;D

22.5.10

I knew.

I always fall at the first sight.
And it will hold onto me so tight.
Never less. Never fail.

Time flew by.
Seasons changed.
People grew.
Matured and anew.
And so I thought my feelings too.

But.
Little did I knew, it was there to stay.
Little did I knew, it was buried deep.
So deep,in the layers, waiting to be discovered again.

When discovered moments after,
it left me with a scar.

You're my secret scar.
Invisible.
Forgotten.
Yet still painful.



Thank you for reading and Assalamualaikum, beautiful people.

9.5.10

Untuk Si Tudung Kelabu.

Allahummaghfirlaha…
Ya Allah ampunilah dia…Ibuku tercinta

Warhamha…..
Sayangilah dia

Wa’afiha…..
Tinggikanlah darjatnya

Wa’fu’anha…..
Maafkanlah dia

Wa laa tahrim ajroha…
Jangan halangi balasan pahala untuknya

Wa laa taftinna ba’daha….
Jangan datangkan fitnah sesudah kepergiannya
Wa akrim nuzulaha….
Muliakanlah kedatangannya
Wa wasi’ madkholaha….
Lapangkanlah jalan masuknya
Wannawir quburaha…
Terangilah kuburnya

Waj’al Jannatal matswaha…
Dan jadikanlah surga sebagai tempat tinggalnya

Warzuqha…bi Rahmatika ya Arhama Raahimin...
Serta berikanlah dia rizki dengan rahmatMu ya Allah yang Pengasih dan Penyayang




To all the beautiful women in here and out there.
There is at least one living soul in this world believes that you're a Super Woman.
Happy Mothers' Day! :)


credit the dua' to nashie ;p

22.4.10

Wae?

What would you say/do if a good (male) friend of yours send this to your inbox??

"im sorry for all the things ive done,the words ive said and act like a fool...i noe dat i said we were just fren or buddy-buddy but dat wud not b true 2 my heart...so ill ask u a question and if u said no,i promise ill leave u alone...but if u said yes,then no one will love you as much as i do..."

He says that he's 101% serious..

ps: To You,

I hate you for making me feel this way.

I'm fragile,ok.

Walaupun luaran aku rock, tapi dalam hati aku ada taman.
Kau tahu tu, dan aku tak tahu whether kau datang untuk subur kan taman tu,
or you want to destroy it..which you will be destroying it bad,real bad...

27.2.10

Jijik!

::Warning awal-awal, ini entri emo::

Dia,
kau sepak,kau terajang,kau tendang,
patah temulangnya, pecah isi perut nya, retak kepalanya,
apa kau sudah hilang akalkah,manusia?

Dia,
budak yang selayaknya bebas bermain,
budak yang selayaknya dibelai dan dimanja,bukan dikasari sesuka rasa,
apa kau sudah hilang akalkah,manusia?

Dia,
di badan kerdil nya,
di bujur kaku itu,
kebiruan berlebam tanda amarah kau,
berdarah pecah tanda benci kau,
koyak tersiat tanda zalim kau,
apa kau sudah hilang akalkah,manusia?

Dia,
umurnya tak sematang kau,
akal nya tak sewaras kau,
kudratnya tak berbanding kau,
apa dia curi duit kau kah?
apa dia makan nasi kau kah?
apa dia tumbuk muka kau kah?
apa dia kencing di atas baju kau kah?
tapi,

Engkau,
ibaratkan badan nya seperti bola,
ibaratkan mukanya seperti alas kaki,
ibaratkan kulitnya seperti tempat abu rokok,
ibaratkan jiwanya tak berperasaan,
ibaratkan dia bagai patung mainan,
tempat kau hambur kekecewaan,
tempat kau semburkan kemarahan,

Heyy kau!!!!
aku jijik dengan kau,
maaf,mungkin kau tak terasa,
kerana kau mungkin bukan manusia,
kau mungkin patung bernyawa,
aku rasa lah,kerana,
haiwan pun lagi baik dari kau,
anjing pun tahu belai anak,
singa pun tahu jaga anak,
beruk pun tahu hargai anak,

Kau rasa kau berkuasa, tamat kan riwayat ciptaanNya?
jelas lah,kau belum kenalNya,
kau tak tahu gagahNya,
kau lupa akan kehebatanNya

Satu aku harap,
Tuhan itu Maha Kaya,Maha Berkuasa,
Maha Adil,Maha Saksama,
satu hari mungkin kau dapat rasa,
apa yang kau buat budak itu rasa.